Teknik Asas Memanah
TEKNIK
ASAS
MEMANAH
1.STANCE
2.GRIP
3.HOOK
4.BOW ARM & PRE-DRAW
5.DRAWING THE BOW
6.ANCHORING
7.HOLDING
8.AIMING
9.RELEASE
10.FOLLOW THROUGH
----------------------------
1.STANCE
KEDUDUKAN ( STANCE)
Letak hujung kaki anda di sepanjang garis lurus seperti gambar diatas ke arah pusat sasaran target butt.
Letakkan kaki anda di kedua-dua sisi garis tersebut.
Pastikan kaki anda buka selebar bahu dengan selesa.
Berdiri tegak dengan kepala diangkat serta bahu direndahkan dan santai. [lembutkan badan] Cuba untuk lebih relaks.
Cara : Letakkan kaki lebar mengikut bahu,pastikan berat badan seimbang. Gunakan kedudukan terbuka atau tertutup mengikut keselesaan anda.
Tips : Pastikan anda merasa stabil dan selesa sebelum melepaskan anak panah. Latih diri di hadapan cermin untuk memeriksa postur.
2.GRIP
PEGANGAN
Tekanan busur perlu diagihkan sepanjang garis tekanan.
Relakskan jari anda. Bahagian belakang tangan harus membentuk sudut 45 darjah.
Hujung Ibu jari dan jari telunjuk boleh bersentuhan dengan cara yang santai.
Cara : Pegang pemegang busur dengan tangan yang dominan,pastikan jari tidak mencengkam terlalu kuat.
Tips : Gunakan teknik “open grip” untuk mengelakkan
pergerakan yang tidak diingini ketika melepaskan anak panah.
3.HOOK
CEKAKAN
Letakkan jari anda supaya memegang tali dengan jari telunjuk di atas nock serta jari tangan dan jari manis di bawah nock.
Cekak tali di antara sendi pertama dan kedua. Pastikan cekakan anda kukuh.
Cara : Gunakan jari telunjuk, tengah dan manis untuk diletak di tali.Sementara menggunakan otot bahagian siku untuk menarik tali. Elakkan menggunakan otot ibu jari.
Tips : Pastikan jari anda rileks tetapi kuat. Jangan menekan terlalu kuat kerana ia boleh menyebabkan keletihan.
4.BOW ARM & PRE-DRAW
LENGAN BUSUR & PRA-TARIK
[ lengan memegang busur semasa fasa persediaan tarikan]merujuk kepada pergerakan awal sebelum tali busur ditarik sepenuhnya ke posisi memanah].
Angkat lengan busur sehingga setinggi bahu.
Pusingkan siku lengan busur menjauhi tali busur.
Cara : Angkat busur ke arah sasaran, selarikan bahu dan tangan dan pastikan tali busur berada di tengah pandangan anda.
Tips : Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan dan fokus untuk menenangkan diri sebelum meneruskan langkah seterusnya.
5.DRAWING THE BOW
.
MENARIK BUSUR
Tarik tali busur sepanjang lengan busur dalam garis lurus mendatar ke titik semasa anchor.
Gunakan otot belakang dengan menggerakkan tulang belikat ke arah satu sama lain.
Kekalkan postur tegak dan relaks.
Pastikan kedua bahu serendah mungkin.
Cara : Sejajarkan mata, busur,dan sasaran. Tumpukan perhatian kepada titik sight (Sight Pin )
Tips : Elakkan terlalu lama menahan busur, kerana ini boleh menyebabkan ketegangan otot dan kehilangan fokus.
6.ANCHORING
ANCHORING
Tali busur harus menyentuh bahagian tengah dagu.
Jari telunjuk diletakkan di bawah dagu.
Kekalkan gigi rapat dan mulut tertutup rileks.
Cara : Meletakkan tali busur menyentuh bahagian tengah dagu dengan jari telunjuk berada di bawah dagu. Pastikan kepala tegak dan titik ancor konsisten di tempat yang sama setiap kali.
Tips: Tarik nafas dalam-dalam dan fokus untuk menenangkan diri sebelum meneruskan langkah berikutnya.
7.HOLDING
MEMEGANG & MEMBEDIK
Kekalkan otot belakang dalam keadaan tegang. [ Rileks ]
Tangan dominan memegang busur,tangan tarikan, dan siku harus membentuk garis lurus.
Pastikan kedua bahu serendah mungkin.
Membedik dilakukan dengan mata dominan. Tutup sebelah mata atau buka mata yang mana anda lebih selesa.
Kekalkan penglihatan pada sasaran dan pastikan tali sedikit ke kiri dari pandangan..
Cara : Tegangkan otot belakang dengan menarik bahu ke arah satu sama lain. PAstikan tangan busur tangan tarikan dan siku membentuk garis lurus. Kekalkan kedua-dua bahu serendah mungkin untuk kestabilan maksimum.
Tips : Fokus pada kestabilan otot belakang, bukan kekuatan lengan. Elakkan menggenggam terlalu kuat, biarkan tangan yang memegang busur kekalkan rileks untuk melepaskan anak panah dengan tepat.
8.AIMING
AIMING - MENENANG
1.Membedik atau melepaskan dengan mata dominan. Tutup mata sebelah atau membuka kedua belah mata untuk mana yang lebih selesa melihat.
2. Kekalkan penglihatan pada sasaran dan pastikan tali sedikit ke kiri dari pandangan.
Cara : Fokus menggunakan mata dominan untuk melepaskan anak panah ke sasaran. Pastikan pandangan anda sejajar dengan alat sight dan meletakkan tali busur sedikit ke kiri pandangan ( bagi pemanah tangan kanan) kekalkan postur badan tegak dan stabil semasa melepaskan anak panah.
Tips : Jangan tutup mata buka dominan terlalu rapat, kerana ini boleh menyebabkan ketegangan. Bernafas secara perlahan dan terkawal untuk membantu mengekalkan fokus dan ketetpatan semasa melepaskan anak panah.
9.RELEASE
MELEPASKAN
1. Tarik tulang belikat [ scapula ] ke arah satu sama lain sambil melonggarkan jari tangan semasa menarik.
2. Tangan busur yang rileks akan dengan sendirinya bergerak ke belakang.
3. Lepaskan secara tenang, dan biarkan busur jatuh ke depan.
Cara : Longgarkan jari anda dengan lembut untuk membolehkan tali bergerak tanpa gangguan.
Tips : Fokus pada pelepasan yang lancar tanpa gerakan tangan yang mendadak. Latih diri untuk melepaskan bow tanpa menutup mata. [ Guna Fingers sling ]
10.FOLLOW THROUGH
SUSULAN [ Refleksi ]
1. Tangan yang digunakan mesti tenang dan berada dekat atau di belakang telinga anda.
2. Kekalkan pelepasan sehingga anak panah mengena ke sasaran.
Cara : Kekalkan postur anda selepas pelepasan anak panah. Perhatikan pergerakan tangan dan badan tidak berubah atau bergoyang sehingga mengubah kedudukan.
Tips : Jangan terburu-buru untuk bergerak selepas melepaskan anak panah. Perhatikan anak panah tersebut di mana kedudukan anak panah yang pertama untuk memperbaiki kedudukan pelepas anak panah seterusnya. [ Guna Teropong atau bantua jurulatih ]
TERIMA KASIH
“Focus your attention on the target and release your arrow with confidence.”
"Let every movement align with your breath, and release the arrow with a steady stability train for consistency and precision, as that is the key to success in archery.
Every arrow release is an opportunity to refine technique and enhance your skill. Perfection in archery is not the goal but rather a continuous journey towards improvement.
Thank you for reading.
Written by coach freedah
Ulasan
Catat Ulasan