5 Teknik Latihan Memanah Untuk Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun
Hi..Archers. Nak jadikan memanah sebagai sukan yang seronok? Mari saya kongsikan bagaimana untuk melatih diri untuk lebih faham cara-cara untuk memanah guna 5 teknik yang senang untuk kanak-kanak sekarang.
Memanah bukan sekadar sukan, ia adalah bentuk latihan membina fokus, disiplin dan kekuatan mental sejak kecil. Dalam artikel ini, saya ingin kongsikan 5 teknik latihan memanah yang sering gunakan dalam program saya khas untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
1. Latihan Anchor Point.
Anak-anak perlu belajar bagaimana mencari 'anchor point' yang konsisten setiap kali menarik tali busur. Ini adalah asas penting sebelum mereka melepaskan anak panah.
2. Latihan Mata Ke Sasaran ( Target Focus ).
Saya ajar teknik menumpukan mata pada tengah sasaran sambil melatih kawalan pernafasan. Ini melatih minda supaya lebih tenang sebelum melepaskan anak panah ke sasaran.
3. Permainan Mini Target.
Untuk menjadikan latihan lebih seronok, saya sediakan pelbagai jenis sasaran kecil seperti botol plastik, sticker warna-warni dan ' Balloon challenge'. Kanak-kanak lebih teruja dan tak mudah bosan!
4. Teknik Pernafasan & Fokus
Saya ajar teknik tarik nafas 3 saat - tahan - lepas bersama anak panah. Ini membantu mereka lebih fokus dan tidak panik semasa menghadapi pertandingan akan datang. Perlu di lakukan secara konsisten dan berulang.
dan Akhir sekali..
5. Ganjaran Prestasi Harian.
Setiap anak yang menunjukan usaha dan peningkatan diberi sticker, bintang atau lencana. Teknik motivasi mereka lebih bersemangat untuk terus berlatih.
đź“•DAPATKAN eBOOK LENGKAP!
Saya telah susun semua teknik ini dalam bentuk eBook " Program Memanah Untuk Kanak-kanak U12" yang lengkap dangan jadual latihan dan panduan langkah demi langkah.
👉Klik sini untuk dapatkan eBook dalam bentuk PDF - Talegram https://t.me/OkiDNeelamTeja 012-3730237
Harga cuma RM30 sahaja. Sesuai untuk ibu bapa,jurulatih dan pemilik kelab memanah serta cikgu-cikgu.
đź‘‹Tentang saya :
Saya adalah jurulatih memanah dan bekas atlet memanah yang berpengalaman melatih kanak-kanak seawal usia 6 tahun dalam program khas yang saya bangunkan sendiri. Misi saya adalah untuk melahirkan generasi muda yang lebih fokus, aktif dan berdisiplin melalui sukan memanah.
Ulasan
Catat Ulasan